Wednesday 14 May 2014

SEPATAH DUA KATA... lah kononnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog semua. Kami DreEMers Club finally dah ada blog to keep track on gambar2, video2, dan sebagainya di sini. Seperti biasa, kami di sini menyokong EM tanpa jemu. Pada 4 Mei 2009, Encik Mimpi telah menubuhkan sebuah blog dan tidak lama kemudian, beliau dikenali sebagai YouTuber yg berbakat. Kalau EM tidak memulakan blog tersebut pada 5 tahun yg lepas, kami takkan berada di sini menyokong beliau. So far, EM ni memang friendly, macho dan meletop. Artis tanah air yang baru sahaja hendak menaik ini memang sudah mula mempunyai ramai peminat. Dan kami bertanggungjawab untuk memastikan anda updated tentang EM. Maka, terhasil lah blog ini. Apa yang anda mungkin terlepas? Ini adalah highlights kami.

Pada 23 Disember 2013, EM telah mengadakan first gathering dengan peminat2nya. Apa yang penting? Bayaran masuk adalah percuma. Hanya 100 orang yang terpilih sahaja yang dapat untuk pergi ke first gathering tersebut. Gathering ini dianjurkan oleh Superwhite Collagen yang amatlah pemurah. Pada hari tersebut, AC dan admin ED turut hadir untuk berjumpa dengan EM yang tersangatlah down-to-earth. Walaupun beliau sakit pada hari tersebut, beliau tetap buat performance untuk kami kerana beliau tidak ingin menghampakan kami. Pada hari tersebut juga, EM telah menjual t-shirt officialnya dan keuntungan daripada hasil jualan tersebut telah pun beliau sumbangkan kepada mangsa banjir. Kami memang amatlah bangga dengan sikap beliau yang tidak putus2 untuk membuat kebaikan. Daripada first gathering ini, kami telah mengenali ramai DreEMers yang telah pun menjadi sebahagian daripada hidup kami. Ada di antara mereka yang turut membantu dalam program anjuran kami yang pertama pada tahun 2014.


Pada 8 Februari 2014, EM telah mengadakan first gathering bertempat di Kuching, Sarawak. Di bawah anjuran Superwhite Collagen juga, EM telah pun berjumpa dengan beberapa DreEMers tegar dari Sarawak.

Anak kelahiran Sarawak ini apabila ditanya AC, beliau amatlah gembira dengan sambutan hangat daripada DreEMers disana. Inshaallah akan beliau kembali lagi ke sana pada masa akan datang.

Pada 4 Mei 2014, pihak DC telah menanam hasrat untuk menyambut DreEMers Day bersama Captain di Hardrock Cafe @ Wisma Concorde. DreEMers tegar yang tahu akan perancangan kami, banyak yang turut melibatkan diri. Mereka turun dari Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya. AC juga turut rush balik dari Kuantan bagi menjayakan perancangan DC untuk membuat surprise buat EM. Di sana, EM sempat mendendangkan 7 buah lagu dan seperti biasa, lagu Rindukanlah sentiasa memberi impak yg besar kpd kami
DreEMers. Mungkin kerana lagu tersebut, EM bermula menjejaki dunia hiburan. Dan kami mula berkongsi minat yang sama di antara satu sama lain bersama DreEMers. DC berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama dengan kami terutama Abang Hadi yang banyak membantu kami dalam menjayakan surprise tersebut. Di sini, AC ingin mengatakan bahawa EM mempunyai peminat yang amatlah dedicated di mana kami sanggup berkumpul walaupun jauh untuk menyokong EM walau dimana pun kami berada.

Buat makluman semua, DC ada menganjurkan Festival Love4U bersama EM, Azhar Mustapa, dan Sunday Saver. Festival ini bermotif untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Festival ini diadakan pada 10 dan 11 Mei 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan WLPK, Kg Pandan. Seramai 40 orang pesakit kanser dan cancer survivors daripada Perlis untuk bersama2 menjayakan Festival ini. Terdapat banyak cara yang kami buat untuk mendapatkan sumbangan tersebut. EM juga turut banyak meluangkan waktunya bersama kami untuk menjayakan Festival tersebut. AC yg turut hadir, memang seronok kerana berpeluang untuk berkongsi cerita bersama2 peserta yang hadir. Daripada reaksi wajah mereka, mereka amatlah seronok berada di Kuala Lumpur bersama kami.  DC amatlah bersyukur kerana dapat menganjurkan program2 yang bermanfaat seperti ini. Sesungguhnya kami berhasrat untuk menganjurkan banyak lagi program2 yang bermanfaat bersama2 EM dan DreEMers pada masa akan datang.


Buat DreEMers yang telah pun berjumpa dgn EM, kami ingin meminta jasa baik anda untuk emailkan kepada kami gambar2 anda bersama EM di EMersfanclub@gmail.com, dengan meletakkan "Memories with EM" sebagai tajuk. Sertakan tarikh dan event anda berjumpa dengan beliau :)


- ADMIN C-




8 comments:

Ismi Ana said...

Hi, singgah blog dreemers club! Yeayy, dreemers da ade blog..! First entry kan? ^_~

Unknown said...

Alamak. Kantoi sebelum kami sesenyap bagi tahu kat orang ni. hehe dreemer tegar ya? :D

Unknown said...

Done baca..huhu ^_^

Unknown said...

ty ainiy sbb sudi bace ^^,v

nurshuhada said...

yeyyyyy

Cek Ude said...

Wahhhh...DC da ade belog laaaa... .thorbaeeekkk...so lps ni mmg selalu la belogwalking kat sini...yeepiiiiiiiiii

Unknown said...

YAYYYYY! Tq sbb sokong ^-^v

Ismi Ana said...

Of coz laa dreemers tegar. Ahaha. Dreemers update je terus masuk kt inbox email ana. Tu la ana terus jumpe blog dreemers. Ahahaha