Tuesday 6 January 2015

Encik Mimpi Official 2nd Annual Gathering - Pak John Steamboat, e@curve, 12 Disember 2014

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum DreEMers! AC dimana? AC dimana-manaaaaa! Semput~

Ok. Seperti yang dijanjikan, AC nak update tentang 2nd Gathering yang telah diadakan pada 12 Disember 2014. Kali ni, berbeza dgn tahun sebelumnya kerana gathering berbayar. Lebih ramai DreEMers yang hadir dan semakin meriah than before. Artis jemputan seperti Azhar Mustapa, Fero dan juga Azmil turut hadir memeriahkan majlis bersama rakan mereka yang lain. Lets not forget our bloggers yg sudi dtg :D



Alkisahnya bermula pada jam 11 pagi dimana AC tiba di tempat kejadian (pergh taknak kalah kau, mcm crime scene la kononnya. Kahkahkah. Hambar). Time tu AC dtg2 je EM dah ada. Tgh prepare kan tempat. Pergh! AC mmg tabik lah Captain kita sbb turun sendiri dan membantu. AC pun memulakan kerja dgn mengeluarkan baju "We Are DreEMers" yang bewarna kuning dan susun di atas meja. Pastu AC nampak geng DreEMers kita seperti Ude, Qie, Aini dan Ryuka menyorok di sebalik tiang bulat yg comel seperti AC. AC pun apa lagi, lambai2 lah mcm tak pernah lambai suruh mereka datang. Mereka pun tenenenenet tiba dan menolong apa yang patut. Lepastu kitorang pun bergambar dgn Captain sekali before Captain pergi meninggalkan kitorang untuk menunaikan solat Jumaat yang wajib dan bersiap2 untuk event yang bakal bermula pada pukul 2 petang.

Belanja satu wefieeeeeeeee bersama crews.

EM tulis apa tuuuuuu?


Selepas Captain beredar, AC dan crew-crew yang ada pun menyambung kerja seperti menghias tempat, meletakkan table number, menyusun meja kerusi, mengagihkan tugas sesama sendiri dan sebagainya.




Azhar and the gang tiba untuk menyediakan pentas. Suasana semakin hangat. AC mula menyesuaikan diri dgn cuba untuk berborak dgn DreEMers yang hadir. Ada yang datang dari Kelantan, Kedah, Johor, Pahang, Sarawak, Penang, Perak, Negeri Sembilan. DreEMers from KL and Selangor tak payah cakapla sbb mmg ramai hehe.

Masa semakin hampir dgn pukul 2 ptg. AC pun dpt jumpa ramai DreEMers yang mmg tersangatlah lama nak jumpa dari dulu hingga kini. Alhamdullilah akhirnya tercapai. AC kenal dgn ramaiiiiiiiiiiii sangat orang baru. Best best. AC pun ada terjerit gembira sbb jumpa Meow kot. Mohon suruh AC behave next time. hehe. Pabila rindu menusuk kalbu, malu pun hilang apabila org tu dah ada dpn mata. (padahal mmg tak tahu malu.)





Seperti biasa, kalau ada DreEMers sesat, AC akan tolong ambil dan lead mereka ke gathering. Korang yang AC pick up tu, mohon terharu. Bnyk yg AC missed sbb ambik korang tau. :'( (ceh gurau je. its my pleasure to lead u safely. hee.)

Ok, ok. Majlis dimulakan dgn ucapan drpd MC kita sendiri iaitu Red dan Faz. Majlis diteruskan dgn nyanyian drpd Abam Pacak kita iaitu Fero dgn lagu Without You (lagu asal Aman). Diikuti dgn single beliau, Akhir Nafasku dan kemudian menyanyikan lagu Aku Yang Tersakiti (lagu asal Judika). Kemudian majlis diteruskan dgn nyanyian drpd Abam Chipmunk kita iaitu Azhar Mustapha dgn lagu ciptaan beliau, iaitu Hanya Kamu.





EM pun memulakan nyanyian dgn lagu Selimut Tetangga dan diikuti dgn lagu Rindukanlah. Kemudian EM bersama-sama Azhar berduet menyanyikan lagu Belaian Jiwa (nyanyian asal Innuendo).

Siapa nak tahu, Azmil Mentor was also here to perform! Beliau menyanyikan dua buah lagu. Lagu yg pertama merupakan lagu dari sebuah kumpulan Samson bertajuk Bukan Diriku. Dan diikuti dgn lagu Fly Me To The Moon. Pergh suara beliau. Mmg cair lah AC dgr. Sedappppp rangup lagi. Azhar pun sambung mendendangkan beberapa buah lagu lagi dgn suara chipmunk beliau.






Atas permintaan, salah seorang DreEMer yang sangat cantik bernama Syaza ingin berduet bersama Fero untuk menyanyikan lagu Without You. Fuiyooooo. Bestlah tgk diorang fefeeling atas pentas. Hahaha


Kemudian, kami meneruskan dgn memberikan hadiah lucky draw kpd para DreEMers dan blogger yang hadir :) Majlis diakhiri dgn nyanyian drpd EM, Azhar dan Fero dgn lagu Definisi Persahabatan. Motif utama untuk merekodkan muzik video DP...
























































































































Ore kuat DC :)







P/S: Gambar tiada watermark adalah milik ADMIN COMEL. Siapa curi, I karate you 14. Allah akan balas nanti.
Malas nak bertulis, AC bg gambar je lah yeeee. Terima kasih kpd semua pihak yg telah bekerjasama dlm menjayakan majlis pada 12 Disember 2014 di Pak John Steamboat.

Especially yang memberikan gambar kpd kami.