Tuesday 20 May 2014

Encik Mimpi di Terengganu (17th May 2014)


Assalamualaikum DreEMers! 17th May haritu EM ada kat mana ek? Sape yg jawab betul memang patut gelarkan diri anda DreEMers. Kat mana? Yes! Kat Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Hulu Terengganu.. EM dijemput untuk menjadi artis undangan untuk pertandingan Bintang Kecil Festival Kenyir 2014..



Ada tak kat sini DreEMers Ganu? Takkan takde kan? Yg tulis ni DreEMer Ganu la ni. Haha. Alhamdulillah sai berkesempatan hadirkan diri untuk tengok EM perform. Perjalanan yg sangat panjang utk sampai ke Tasik Kenyir iaitu dalam 3-4 jam sai dlm kereta tu. Haaaa, cabaran tu tau. Haha

Sai sampai dan dalam setengah jam camtu trus sai pergi backstage kat EM.. Masa sai pergi backstage tu EM tengah duk rileks-rileks atas kerusi tunggu nak perform jap g. Sai pon borak-borak la ngan EM jap. Oh lupa, ada seorang DreEMer dari Kelantan tau sanggup turun ganu semata-mata nak jumpa EM. Hebattt! Thank you DreEMer Hanis. Hanis pon ikut sai utk pergi jumpa EM kat backstage.. Tengok apa yg EM lukiskan kat hanis tu.. Korang jeles tak? Hee

Berborak-borak bersama-sama EM






Lepas tu sai dan hanis pergi depan semula utk tengok EM perform.. Kami duk depan sekali (kerusi vip) .. EM menyanyikan 2 buah lagu iaitu Ayuh Tinggalkan Dia dan Rindukanlah .. Kedua-dua buah lagu ni mendapat sambuatan yg hangat sehingga penonton-penonton kat depan pon turut nyanyi sama (termasuk sai .. Hihi)









 Hanis bergambar di backstage dengan EM


Lepas habis EM perform, mula la sesi bergambar. Perghhhhh terkezutt betul sai tengok, beratur panjang yg nak bergambar ngan EM (sai lupa nak snap pic, ralit duk tengok DreEMers lain bergambar. Haha)  EM memang mempunyai pengikut yg ramai sbb EM ni sangat peramah tau. *bukan nak angkat kan captain sendiri tp siapa kenal captain korang akan tahu betapa ramahnya Captain Encik Mimpi*
Ada juga sai dengar yg cakap ‘mimpi ku jadi kenyataan’ .. Hahaha, geli tekak sai tahan gelak. Last but not least, terima kasih kepada semaaaa yg hadir dan menyokong EM. Alhamdulillah, we had fun!




                                                                   

-Sai







3 comments:

Ismi Ana said...

Rezeki org ganu. Kite doa dari jauh je. Xde rezki lg dpt tgk show live em.

Cek Ude said...

Bestnye org ganu dpt jumpe kapten...cek ude teringin nak jumpe sai la..kikiki

Unknown said...

nak jumpa sai jgak.. heheheh .btw cantik topi EM. :)