Sunday 18 May 2014

Konsert Amal Festival Love4U - Kompleks Belia & Sukan Kg.Pandan KL

Assalamualaikum DreEMers semua..
Alhamdulillah serta syukur terhadap Ilahi atas segala urusan yang telah dipermudahkan.. seperti yang semua maklum, pada 10 dan 11 Mei, kami telah menganjurkan satu program amal bersama MAKNA iaitu Festival Love4U. tujuan utama kami mengadakan program ini adalah untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) . Rasanya penerangan tentang program amal ni dreEMes semua dah tahu.. sebab ada yang dah baca pada “first entry” kami… eh.. ada yang belum baca ye? Haa boleh klik sini Sini! Klik Sini . haa dah tahu kan? Hehehe..  tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat para artis iaitu abg chipmunk ni, Azhar Mustapa serta band yang kebabom ini, SundaySaverBand  yang sudi  bersama dengan kami untuk menjayakan Festival Love4U ini. Tak lupa juga untuk DreEMers yang sudi menghadirkan diri untuk menyokong Encik Mimpi! Thanks a lot of the ring utk mereka.. yeahh!! (tepuk tangan…)

Jadi disini.. kami.. (skema plak ayat..) hehe.. kami mahu share sedikit sebanyak gambar-gambar pada program tersebut..



Artis yang turut menjayakan festival ini, azhar mustapa & SundaySaverBand..  menti korang tertanya Tanya, siapakah mereka.. korang blh usha YouTube mereka.. (Azhar Mustapa Youtube Channel & SundaySaverBand Youtube Channel) .. thanks bro-bro sekalian.. ni depa ~



Haa.. gangster tak kitorang, eh.. gangster tak captain.. hehe..  bersama geng-geng superbike! Awesome+supporting gila korang.. terima kasih sbb sudi dtg.. !

gambar ni kita besarkan skit.. zoom zooomm zooomm.. heheheh~



Gambar bersama crew serta bro bro kachak Encik Mimpi,  Azhar Mustapa & SundaySaverBand..,





Tungguu !! tadi hari pertama… ni hari kedua ..

Sesi bersama dengan pesakit-pesakit kanser. Jauh mereka datang, dari Perlis.. terima kasih sgt sgt..(lap air mata) mendengar cerita mereka cukup cukup… (speechless.. eh typeless)  Kami doakan semoga mereka tabah menghadapi segala ujian ini. Amat sukar untuk diucap oleh bibir, sukarnya untuk mengambarkan derita yang mereka alami.
Ini adalah sedikit sebanyak gambar untuk tatapan semua..













Last, persembahan dari captain untuk mereka.






Disini sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.  Saya wakil daripada pihak DC, ingin meminta maaf untuk semua yang mana ada tersinggung ke terasa hati ke dengan kami pihak DC disepanjang program ini berlangsung. Assalamualaikum adiossss!! Pringg~

1 comment:

Ismi Ana said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Hurm..