Tuesday 21 October 2014

Album Launching Selamat Malam Cinta 23 Sept 2014 @ Redbox Ria, Sogo, Kuala Lumpur

Assalamualaikum DreEMers sekaliannnn! Yo yo yoooooo. (jawab salam tu dulu ye sebelum main yo yo). Okaylah. Disebabkan oleh kesuntukan masa, admin-admin tidak dapat mengupdate blog tentang album launching (pelancaran album) haritu. Jadi AC nak menyusun *kira jari-jari admin* 80 jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya anda terkilan sebab kami tak update. (Pergh ayat macam budak SPM sangat lah AC ni. kata orang, practice makes perfect. okayla terbebel pulak. kang kena ketuk, AC lariiiii dulu. Tak sempat nak update. Takmo ngamuk2, nanti jadi tua, aiyok)

Kisah nya bermula apabila Album Launching ini ditaja oleh Redbox Ria, Sogo Kuala Lumpur. Majlis ini tertutup dimana hanya media dan para 5 pasang peminat yang menang tiket dari Hot.fm serta tiket VVIP dari pihak Rakuten. Tidak juga AC lupa, terima kasih kepada Superwhite Collagen - Stokist KL kerana menaja baju SMC, Tonton Music dan pihak Indigital. Terima kasih sekali lagi kepada setiap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang program diadakan.

Kisah bermula macam ni.... a few days back before the event, Hotfm telah mengumumkan pihak pemenang dengan menghubungi mereka. Nasib kot, mmg 80% drpd pemenang tersebut, AC memang kenal. Punyalah gembira untuk berjumpa DreEMers dari Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor, Pahang. Pergh. Ramai en en en?

Pada pagi hari yang telah dinanti-nantikan... AC bertemu dengan Kak Red (otai lama weiiii!) dkt LRT Damai. AC terlambat sebab ada kecemasan sedikit. Mmg sorry lah Kak Red, you know i love you so much~~ Back to the story, kitorang terus gerak ke LRT Masjid Jamek. Sebaik la tak ramai orang sebab weekday, and masa tu bukan peak hour. Pup pap pup pap, kitorang pun sampai di Sogo KL. Perut dah buat hal, kitorang pun apa lagi, serang la food court di Tingkat 6.  Makan berdua je. Then, after lunch date berdua, kami pun turun untuk berkumpul dengan DreEMers yang lain seperti Kak Ude, Kak Qie (kembar 27 tahun) dari Johor, dan Kak Aini (24 tahun) dari Kedah. Punyalah rindu dengan diorang ni. Mestilah ada sesi peluk2 nangis2, ceh over pulak sampai nangis2. Kitorang pun gerak ke surau di basement parking sementara menunggu pukul 2 petang. Time ni AC and everyone else menunggu Izzah Maisarah aka Meow (17 tahun) dari Kuantan weiii. Time tu dalam surau tak ada orang selain kami. Masa tgh menunggu azan Zuhur, AC terdengar bunyi pintu dikuak (dibukak la hihi), and AC terus tanya "Is that you Meow?" amboi! Bukan nak bagi salam! Nak buat macam mana, excited sangat jumpa dreemer seorang ni. Pastu nampaklah tubuh milik Meow yang malu2 meow bersama kakaknya.

Tidak lama kemudian, AC ngan Kak Red keluar dari surau untuk membantu Hadi, Manager EM (AC panggil beliau papa. tetapi admin yang lain serta dreemers yang lain menggelar beliau Abg Hadi) and papa nampak macho ah that day! Nampak muda je. AC and Kak Red pun tolong Papa Hadi mengangkat beberapa barang sebelum kami terus naik ke Tingkat 8 bangunan tersebut bersama-sama dreemers yang lain. Sampai2 je atas, kami masuk ke bilik bernombor 36 kalau AC tak silap. Besar bilik tu. Muat dalam 20 orang. AC, Kak Red dan AL pun membantu Papa Hadi untuk pack door gift kepada media serta pemenang-pemenang tiket. Intinya? Terdapat sepucuk surat cinta tentang EM (cehhh) dan album sulung beliau, badge button bergambar EM yang macho, sehelai T-Shirt SMC tajaan SW, dan sticker drpd Tonton Music..

4/6 drpd barang yang kami dapat drpd Majlis Pelancaran Album Selamat Malam Cinta.

Kitorang memang dah excited sangat2 apabila semakin ramai orang memenuhi Majlis.. Dimulakan dengan Al-fatihah kepada MH370, MH17, majlis dimulakan.


Papa Hadi memberikan "sepatah dua kata"




EM pula yang memberikan ucapan, dan beliau mengaku beliau kaget sangat!
EM also performed two songs.




Sesi pergambaran/promosi album :)



Sesi Q&A




Wan dan Mike bersama Captain. Mohon jealous.




Meow bersama kakaknya dengan pose kucing kot. Captain yang suruh! Haha.




Kak Aini dan Kak Biha kesayangan pula :D




Akak kembo Qie dan Ude :D




Dari kiri ke hujung pelusuk dunia tu, Kak Amal, Biha, Aini, Kembo, AC dan Kak Red.




Wefie lagiii.


Tandatangan mahal EM, siapa nak siapa nak?




Door gift bersama Kak Biha, Red dan AC aummm.


Eh, Captain! Dah dapat cake nak ciao dah ke??


Wefie DreEMers with Papa Hadi.


Comel en?




Fav picture among all, walaupun takde Captain, kami nampak gembira.


Okaylah. Cerita sampai disitu sahaja. Kalau nak lanjutkan pepanjang, takut korang ZZZzzzzZZzzzz pula. Siapa yang belum dapatkan album SMC, korang boleh dapatkan di kedai Speedy yang terdapat berhampiran dengan tempat anda.

Ramai sgt DreEMers yg dtg on day. Even AG dan AR walaupun mereka perhati dari jauh :D

Korang jangan lupa like Redbox, Superwhite Collagen - Stokist KL, Hotfm, Tonton Music!

Bagi yang masih tidak mendapatkan album dan ingin sesangat mendengarkan lagu Selamat Malam Cinta, anda boleh pergi ke tonton music dan enjoy! Jangan memandu sambil mendengar lagu SMC lak. Segala accident, kami tidak akan tanggung ye.

Pls do visit our youtube channel for more videos regarding Album Launching SMC. Ada video mampu buat anda menangis. Uwaaaaaa. Okay lelebih pulak AC ni. Till we meet again sayangsssss! Take care, Assalamualaikum :D

- Admin Comel -

P/S: Thanks kepada semua yang memberikan foto seperti kak Nabiha omey dan Kak Red. Lebiu,


Friday 22 August 2014

MH17

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

22 Ogos 2014

seluruh rakyat Malaysia kini berkabung untuk MH17..Disini.. AR mewakili seluruh admin serta seluruh crew, serta AJK belakang tadbir ingin meluahkan rasa sedih di hati.. salam takziah buat seluruh keluarga mangsa MH17 serta Al-Fatihah buat mangsa. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..


Rakaman HMI - RTM

assalamualaikum salam 1 Malaysia. 

pada tarikh 17/8/2014 captain korang ni ado rakaman dokat Angkasapuri ni bersamo Azhael, Nomad, & Asfan.. masok porcumo haa.. oleh itu ade la seberapa segerombolan derimer (dreemers) yg datang bagi support. spe xnk dtg oi masuk porcuma! AR pon pegi tapi semua derimer xperasan. maklum la. da ralit dengan captain diorg. sape nk pandang diriku ini sobsob :( *AR dah jangan nk meluah perasaan kek sini haa xdak org peduli pon* ..

sambung chorito nya...

mmg riuh rendah la.. oh rakaman apa? rakaman utk rancangan Hiburan Minggu Ini. Insyallah akan bersiarang bulang sembilang ni. den malaih nk bleteq byk.. den nk kasi gambor je. oh ye.. diorang havoc abis. dgr cita sampai kol 1 dok situ. sian captain. nasib baek xrushing... haa layang la gambor ni







Sunday 3 August 2014

Kajang-Kluang-Album Encik Mimpi

assalamualaikum dan salam sejahtera buat sema pembacho-2 yg dikasihi serta disayangi.. (k ayat mmg bajet skema gilosss) ..

sebelom menchoritokan pasal topik diatas biarlah kita memulakan chrito dgn EM di phontas. (pentas) .. hee korang xmemahami? ok ok. da guna penulisan serta mengejaan yg boleh difahami dah... jgn la marah. eh! lupa!

sebelum memulakan story.. disini AR mewakili seluruh rakyat jelata iaitu admin-admin DC serta admin di page EM, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua phominat EM atau dikenali sebagai DreEMers.

ok. kita memulakan stroy kita ok. da sedia? buka mata anda besar-besar..

26 Julai 2014
haa.. 2-3 hari sebelom puasa, EM last perform utk bulang 7 ni ada tarikh berkenaan ni Kajang (selangor) serta Kluang (Johor).. sambutan xpyh ckp la.. fuhhh.. meriahh giloss pak puk pak puk pak ! xpyh ckp la diorg yg dtg kan. walaupun bulan pose time tu. xmematahkan semangat dreemers utk turun jumpa captain. haa.. korg tahu x.. time ni. EM ade jual ALBUM serta CD ShowCase di Hardrock tu. fuhh!! untung sape yg pegi ni.. terus leh beli by hand semua ni.

ni kt Kajang. gmbr dari sumber yg boleh dipercayai. hahahah!! *gmbr dari Abg Hadi*

alebum.. eh. album.. hehe

gmbar di Kluang


haa.. tgk tgk.. album tu... !!! korg xnak ke? rugi rugi woo! EM hensem berpadu dlm album. so grab it now! kekekeke.. mesti tertanyo tanyo kan. mne nk dpt ALBUM EM tu kan. kedua dua album EM tu kan. haa. kalau nak tahu.. sila la PM page DreEMers Club :) 

Saturday 19 July 2014

CD Showcase EM @ HardRock Cafe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !!!!

Hey ! ni berita gumbira.. ingat lagi tak ttg Showcase EM kat hardRock tu? Mesti ramai yg sedih xdpt dtg time tu kan? Usah risau! Korg boleh tgk showcase tu bila bila masa!..

Haa kat mana? Ye.. soklan yg mencabar minda serta membantu sel-sel otak berhubung! EM telah mengeluarkan satu CD tentang Showcase dia di HardRock. So.. dreEMers? Apa tunggu lagi ! cpt beli! Terjah fanpage EM .. yg malas buka fb leh klik je sini. EncikMimpiOfficial .. PM beliau utk beli…! Murah 
jer.. J


EM di Shah Alam

EM di Shah Alam..
Assalamualaikum serta selamat sejahtera buat semua dreEMers. Mesti rindu cerita tentang Captain kan? Haa… meh kita berstory mory skit. Ramai yg tana EM taknak dating Shah Alam kerrr?? Tadaa.. pado tarikh duobelas haribulang tujuh (12 / 7 / 2014 ) di Plaza Shah Alam sempena program Raya Menjelang Desa Dikenang ( Raikan Aidilfitri di Plaza Shah Alam)
Ramai gilos retis yg mbuat persembahan termasuklah Captain kita ini. Beliaus (beliaus katenye) … haa.. yang paling best nye.. beliau awal-2 lagi dah raya…  siap nyanyi lagu Suatu Hari Di Hari Raya lg… curlass kaw ye .. hahaha.
Meh usha video video yg sempat dirakam…. Serta gambar yg sempat di tangkap masuk dlm sangkar …

encem tak captain pakai baju melayuuuuuu?

 ni boleh usha video yg dirakam khas oleh cikgu rock!:

part 1


part 2




Sumber video dari DreEMers:  cikgu rock, budaks comel serta adek pezal tahir ~

Sunday 29 June 2014

Terima Kasih VOXSCAPE - CLORASTUDIO

assalamualaikum serta hello semua..

26 Jun 2014 - (tudia ade - - - bagai) 

malam tu ade sedikit makan makan kat voxscape.. EM dijemput oleh seorg org org ini. ke Voxscape..diorg ckp ade buat BBQ bersama blogger-blogger malatop, memandangkan kitorg sedikit lewat sampai.. dan EM pun rushing hador kerja. jadi EM sekejap je di Voxscape. sempat EM lepak serta bergambar dgn blogger-blogger time tu. snap gmbr.. selpie selpie skit. diorg memasak mmg pergh ! 

ni nak sepam gambar skit!

VOXSCAPE ! 





perbincangan kerusi panjang

abam jeha usha mihun guwa ke? haha

with Bloggers serta warga Voxcsape (clorastudio) - gmbr dari Clorastudio.

sape nk buat photoshoot boleh la cntact CloraStudio di FB beliau.. CloraStudio FB . terima kasih semua.. terima kasih Abam Jeha.. iszee.. bro shahir .. blogger-blogger dicintai.. serta semua yg thorlibat . terima kasih ..! :)

Sunday 15 June 2014

TEH TARIK SATUU ~~!!

SEGMEN TEH TARIK SATU

Pada13 jun 2014, program Segmen Teh Tarik Satu ini dianjurkan oleh KLFM serta dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sri Penara, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri Cheras .

Antara artis yg thorlibat, Encik Mimpi, Farhan, Lan Kristal dan Yantzen ( tgk flyer ye.. hehe)
Smbutan yg debari mmg gembak gemparr gembur mmg da bomb la…

EM myampaikan 2 buah lagu iaitu Rindukanlah dan Selamat Malam Cinta… haa yg paling gempak nye.. 
mase lagu rindukanlah tu.. pergh ramai giler yg turut menyanyi.. meriah suasana hari raya u knoe! Adek adek kecik nyanyi.. bukan adek kecik je makcik pakcik pon turut nyanyi.. fuhh!! Daebak la..


EM berkata, insyallah album promosi EM akan keluar dalam akhir bulan ini.

Gambar sepam~






Monday 9 June 2014

EM di Karnival Jom Heboh Port Dickson Waterfront, N9

Assalamualaikum DreEMers sekalian…

7hb JUN 2014, telah diadakan Jom Heboh di Port Dickson Waterfront, Negeri Sembilan.  Kalau xsilap.. setelah sekian lama Jom Heboh tidak diadakan di PD ni, akhirnya.. diadakan Jom Heboh ini.. (kalau xsilap la da lame kan? Ke salah info? Hukhukk..! )

Pada malam itu, diadakan Konsert Mini Jom Heboh, antara artis yg thorlibat adalah kumpulan Bowl dari Bintang Mencari Bintang, Aliff Satar, Aliff Aziz, Tasha Manshahar, Syed Shamim, Nomad, Kamerlia , Huda & tak lain tak bukan, mamat topeng yang macho kacak bergaya…ENCIK MIMPI!!

Ini FIRST TIME Encik Mimpi join Jom Heboh ni. sambutan kat sane.. PERGHHHHHHHHHHHHH!! Hangat bangetttt!!! Rugi sape xpegi jang.. rugi jang….

EM mdendangkan 2buah lagu, iaitu “Rindukanlah” & “Ayuh Tinggalkan Dia” .. ok ni special skit.. mase lagu Rindukanlah tu.. ade 1 part dimana EM suh penonton nyanyi bersama.. ramai yg sambung dan turut menyanyi bersama..kuat plak tu penonton menyanyi… pergh!! Teruja gilakkkk!!! Bygkan  ramai ramai nyanyi lagu tu. Fuh!! X fuh? Fuh x?? Fuh kannnn!!! Sambutan mmg hangat mbara la.. sehangat api yang membara! (fuh ayat.. curlasss gituew!)

Lepas show tu… mula la sesi bgambar.. tp artis dok dlm pagar.. xleh kuar. Sape yg kt pagar tu untung byk.. kiri kanan yg panggil EM time tu.. ramai btl yg nk jumpa EM, sampai EM pun poning..  tapi sayangnya masa EM utk melayan peminatnya singkat.. kejap je dapat melayan peminat sebab rushing kena balik.. Driver panggil utk bgerak pulang. Masih ramai yg nk jmpe EM smpai crew kt situ tarik EM.. xde mase.. rushing giler.

Tapi jangan bsedih,  Insyallah.. ada masa EM akan buat show lagi kt Negeri Sembilan. Insyallah J

Ok .. mbebel je lebih kan. Meh nk belanja gambar ~ sila la scroll tgk! ADIOS PRINGGGGGGG~!!
















Sunday 1 June 2014

Package DreEMers 2nd Batch is NOW OPEN

hola cikebum cikebum DreEMers!!

korang pernah dengar kan tentang package DreEMers ni kan? ade yg tak tahu? ok .. kami ade 4 package, iaitu.. Special Edition, Package A, Package B dan Package C..

kami membuat jualan sambil mderma. 40% hasil daripada pembelian anda akan didermakan kepada MAKNA..

Harga utk Package Special Edition adalah RM50, manakala untuk Package A, B & C adala RM30 termasuk postage :)

apa barangnya? haa ni.. sila tgk gambar ni..





apa tunggu lagi , cepat order.. sementara stock masih ada !! oh ye.. korg akan dapat sekali dgn SIGNATURE dari EM.. dan korang boleh request dgn korang ucapan apa korang nk minta kt EM.. :D

siapa belum order? cpt cpt.. boleh PM terus kt DreEMers Club atau DM terus kt twitter kami.. !!