Tuesday 21 October 2014

Album Launching Selamat Malam Cinta 23 Sept 2014 @ Redbox Ria, Sogo, Kuala Lumpur

Assalamualaikum DreEMers sekaliannnn! Yo yo yoooooo. (jawab salam tu dulu ye sebelum main yo yo). Okaylah. Disebabkan oleh kesuntukan masa, admin-admin tidak dapat mengupdate blog tentang album launching (pelancaran album) haritu. Jadi AC nak menyusun *kira jari-jari admin* 80 jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya anda terkilan sebab kami tak update. (Pergh ayat macam budak SPM sangat lah AC ni. kata orang, practice makes perfect. okayla terbebel pulak. kang kena ketuk, AC lariiiii dulu. Tak sempat nak update. Takmo ngamuk2, nanti jadi tua, aiyok)

Kisah nya bermula apabila Album Launching ini ditaja oleh Redbox Ria, Sogo Kuala Lumpur. Majlis ini tertutup dimana hanya media dan para 5 pasang peminat yang menang tiket dari Hot.fm serta tiket VVIP dari pihak Rakuten. Tidak juga AC lupa, terima kasih kepada Superwhite Collagen - Stokist KL kerana menaja baju SMC, Tonton Music dan pihak Indigital. Terima kasih sekali lagi kepada setiap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang program diadakan.

Kisah bermula macam ni.... a few days back before the event, Hotfm telah mengumumkan pihak pemenang dengan menghubungi mereka. Nasib kot, mmg 80% drpd pemenang tersebut, AC memang kenal. Punyalah gembira untuk berjumpa DreEMers dari Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor, Pahang. Pergh. Ramai en en en?

Pada pagi hari yang telah dinanti-nantikan... AC bertemu dengan Kak Red (otai lama weiiii!) dkt LRT Damai. AC terlambat sebab ada kecemasan sedikit. Mmg sorry lah Kak Red, you know i love you so much~~ Back to the story, kitorang terus gerak ke LRT Masjid Jamek. Sebaik la tak ramai orang sebab weekday, and masa tu bukan peak hour. Pup pap pup pap, kitorang pun sampai di Sogo KL. Perut dah buat hal, kitorang pun apa lagi, serang la food court di Tingkat 6.  Makan berdua je. Then, after lunch date berdua, kami pun turun untuk berkumpul dengan DreEMers yang lain seperti Kak Ude, Kak Qie (kembar 27 tahun) dari Johor, dan Kak Aini (24 tahun) dari Kedah. Punyalah rindu dengan diorang ni. Mestilah ada sesi peluk2 nangis2, ceh over pulak sampai nangis2. Kitorang pun gerak ke surau di basement parking sementara menunggu pukul 2 petang. Time ni AC and everyone else menunggu Izzah Maisarah aka Meow (17 tahun) dari Kuantan weiii. Time tu dalam surau tak ada orang selain kami. Masa tgh menunggu azan Zuhur, AC terdengar bunyi pintu dikuak (dibukak la hihi), and AC terus tanya "Is that you Meow?" amboi! Bukan nak bagi salam! Nak buat macam mana, excited sangat jumpa dreemer seorang ni. Pastu nampaklah tubuh milik Meow yang malu2 meow bersama kakaknya.

Tidak lama kemudian, AC ngan Kak Red keluar dari surau untuk membantu Hadi, Manager EM (AC panggil beliau papa. tetapi admin yang lain serta dreemers yang lain menggelar beliau Abg Hadi) and papa nampak macho ah that day! Nampak muda je. AC and Kak Red pun tolong Papa Hadi mengangkat beberapa barang sebelum kami terus naik ke Tingkat 8 bangunan tersebut bersama-sama dreemers yang lain. Sampai2 je atas, kami masuk ke bilik bernombor 36 kalau AC tak silap. Besar bilik tu. Muat dalam 20 orang. AC, Kak Red dan AL pun membantu Papa Hadi untuk pack door gift kepada media serta pemenang-pemenang tiket. Intinya? Terdapat sepucuk surat cinta tentang EM (cehhh) dan album sulung beliau, badge button bergambar EM yang macho, sehelai T-Shirt SMC tajaan SW, dan sticker drpd Tonton Music..

4/6 drpd barang yang kami dapat drpd Majlis Pelancaran Album Selamat Malam Cinta.

Kitorang memang dah excited sangat2 apabila semakin ramai orang memenuhi Majlis.. Dimulakan dengan Al-fatihah kepada MH370, MH17, majlis dimulakan.


Papa Hadi memberikan "sepatah dua kata"




EM pula yang memberikan ucapan, dan beliau mengaku beliau kaget sangat!
EM also performed two songs.




Sesi pergambaran/promosi album :)



Sesi Q&A




Wan dan Mike bersama Captain. Mohon jealous.




Meow bersama kakaknya dengan pose kucing kot. Captain yang suruh! Haha.




Kak Aini dan Kak Biha kesayangan pula :D




Akak kembo Qie dan Ude :D




Dari kiri ke hujung pelusuk dunia tu, Kak Amal, Biha, Aini, Kembo, AC dan Kak Red.




Wefie lagiii.


Tandatangan mahal EM, siapa nak siapa nak?




Door gift bersama Kak Biha, Red dan AC aummm.


Eh, Captain! Dah dapat cake nak ciao dah ke??


Wefie DreEMers with Papa Hadi.


Comel en?




Fav picture among all, walaupun takde Captain, kami nampak gembira.


Okaylah. Cerita sampai disitu sahaja. Kalau nak lanjutkan pepanjang, takut korang ZZZzzzzZZzzzz pula. Siapa yang belum dapatkan album SMC, korang boleh dapatkan di kedai Speedy yang terdapat berhampiran dengan tempat anda.

Ramai sgt DreEMers yg dtg on day. Even AG dan AR walaupun mereka perhati dari jauh :D

Korang jangan lupa like Redbox, Superwhite Collagen - Stokist KL, Hotfm, Tonton Music!

Bagi yang masih tidak mendapatkan album dan ingin sesangat mendengarkan lagu Selamat Malam Cinta, anda boleh pergi ke tonton music dan enjoy! Jangan memandu sambil mendengar lagu SMC lak. Segala accident, kami tidak akan tanggung ye.

Pls do visit our youtube channel for more videos regarding Album Launching SMC. Ada video mampu buat anda menangis. Uwaaaaaa. Okay lelebih pulak AC ni. Till we meet again sayangsssss! Take care, Assalamualaikum :D

- Admin Comel -

P/S: Thanks kepada semua yang memberikan foto seperti kak Nabiha omey dan Kak Red. Lebiu,