Sunday, 29 June 2014

Terima Kasih VOXSCAPE - CLORASTUDIO

assalamualaikum serta hello semua..

26 Jun 2014 - (tudia ade - - - bagai) 

malam tu ade sedikit makan makan kat voxscape.. EM dijemput oleh seorg org org ini. ke Voxscape..diorg ckp ade buat BBQ bersama blogger-blogger malatop, memandangkan kitorg sedikit lewat sampai.. dan EM pun rushing hador kerja. jadi EM sekejap je di Voxscape. sempat EM lepak serta bergambar dgn blogger-blogger time tu. snap gmbr.. selpie selpie skit. diorg memasak mmg pergh ! 

ni nak sepam gambar skit!

VOXSCAPE ! 





perbincangan kerusi panjang

abam jeha usha mihun guwa ke? haha

with Bloggers serta warga Voxcsape (clorastudio) - gmbr dari Clorastudio.

sape nk buat photoshoot boleh la cntact CloraStudio di FB beliau.. CloraStudio FB . terima kasih semua.. terima kasih Abam Jeha.. iszee.. bro shahir .. blogger-blogger dicintai.. serta semua yg thorlibat . terima kasih ..! :)

Sunday, 15 June 2014

TEH TARIK SATUU ~~!!

SEGMEN TEH TARIK SATU

Pada13 jun 2014, program Segmen Teh Tarik Satu ini dianjurkan oleh KLFM serta dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sri Penara, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri Cheras .

Antara artis yg thorlibat, Encik Mimpi, Farhan, Lan Kristal dan Yantzen ( tgk flyer ye.. hehe)
Smbutan yg debari mmg gembak gemparr gembur mmg da bomb la…

EM myampaikan 2 buah lagu iaitu Rindukanlah dan Selamat Malam Cinta… haa yg paling gempak nye.. 
mase lagu rindukanlah tu.. pergh ramai giler yg turut menyanyi.. meriah suasana hari raya u knoe! Adek adek kecik nyanyi.. bukan adek kecik je makcik pakcik pon turut nyanyi.. fuhh!! Daebak la..


EM berkata, insyallah album promosi EM akan keluar dalam akhir bulan ini.

Gambar sepam~






Monday, 9 June 2014

EM di Karnival Jom Heboh Port Dickson Waterfront, N9

Assalamualaikum DreEMers sekalian…

7hb JUN 2014, telah diadakan Jom Heboh di Port Dickson Waterfront, Negeri Sembilan.  Kalau xsilap.. setelah sekian lama Jom Heboh tidak diadakan di PD ni, akhirnya.. diadakan Jom Heboh ini.. (kalau xsilap la da lame kan? Ke salah info? Hukhukk..! )

Pada malam itu, diadakan Konsert Mini Jom Heboh, antara artis yg thorlibat adalah kumpulan Bowl dari Bintang Mencari Bintang, Aliff Satar, Aliff Aziz, Tasha Manshahar, Syed Shamim, Nomad, Kamerlia , Huda & tak lain tak bukan, mamat topeng yang macho kacak bergaya…ENCIK MIMPI!!

Ini FIRST TIME Encik Mimpi join Jom Heboh ni. sambutan kat sane.. PERGHHHHHHHHHHHHH!! Hangat bangetttt!!! Rugi sape xpegi jang.. rugi jang….

EM mdendangkan 2buah lagu, iaitu “Rindukanlah” & “Ayuh Tinggalkan Dia” .. ok ni special skit.. mase lagu Rindukanlah tu.. ade 1 part dimana EM suh penonton nyanyi bersama.. ramai yg sambung dan turut menyanyi bersama..kuat plak tu penonton menyanyi… pergh!! Teruja gilakkkk!!! Bygkan  ramai ramai nyanyi lagu tu. Fuh!! X fuh? Fuh x?? Fuh kannnn!!! Sambutan mmg hangat mbara la.. sehangat api yang membara! (fuh ayat.. curlasss gituew!)

Lepas show tu… mula la sesi bgambar.. tp artis dok dlm pagar.. xleh kuar. Sape yg kt pagar tu untung byk.. kiri kanan yg panggil EM time tu.. ramai btl yg nk jumpa EM, sampai EM pun poning..  tapi sayangnya masa EM utk melayan peminatnya singkat.. kejap je dapat melayan peminat sebab rushing kena balik.. Driver panggil utk bgerak pulang. Masih ramai yg nk jmpe EM smpai crew kt situ tarik EM.. xde mase.. rushing giler.

Tapi jangan bsedih,  Insyallah.. ada masa EM akan buat show lagi kt Negeri Sembilan. Insyallah J

Ok .. mbebel je lebih kan. Meh nk belanja gambar ~ sila la scroll tgk! ADIOS PRINGGGGGGG~!!
















Sunday, 1 June 2014

Package DreEMers 2nd Batch is NOW OPEN

hola cikebum cikebum DreEMers!!

korang pernah dengar kan tentang package DreEMers ni kan? ade yg tak tahu? ok .. kami ade 4 package, iaitu.. Special Edition, Package A, Package B dan Package C..

kami membuat jualan sambil mderma. 40% hasil daripada pembelian anda akan didermakan kepada MAKNA..

Harga utk Package Special Edition adalah RM50, manakala untuk Package A, B & C adala RM30 termasuk postage :)

apa barangnya? haa ni.. sila tgk gambar ni..





apa tunggu lagi , cepat order.. sementara stock masih ada !! oh ye.. korg akan dapat sekali dgn SIGNATURE dari EM.. dan korang boleh request dgn korang ucapan apa korang nk minta kt EM.. :D

siapa belum order? cpt cpt.. boleh PM terus kt DreEMers Club atau DM terus kt twitter kami.. !! 

Saturday, 31 May 2014

Berkaraoke bersama EM

Assalamualaikum DreEMers !

Muzik muzik production dgn kerjasama anjuran Indigital Sdn Bhd telah mbuat satu pertandingan dimana hadiahnya BERPELUANG utk BERKARAOKE (btl ke eja tu??) bersama ARTIS-ARTIS kesayangan mereka seperti Dayang Nurfaezah, HyperAct,DramaBand, Nomad serta mamat macho ini, Encik Mimpi. -Haa mesti tertanya-tanya, competition apakah ini !!~~ .. ok.. meh terangkan serba ringkas padat serta mudah difahami.
Pihak Muzik-muzik telah mbuat suatu competition, iaitu.. melalui MV.. (eh mv tu haper??) MV tu shortform utk Muzik Video . paham ye anak murid? Kuikuikui.. ok kita sambung…. Iaitu tgk MV tersebot.. then jawab soalan yang diberi serta bg sebab knp korg minat MV ini… so sape yg paling creative serta dpt tarik minat juri, dialah pemenang.. hadiahnya karok bersama dgn retis korg! Wheeee!! Syokk !
Salah seorang DreEMers tlh Berjaya menambat hati para juri.. pada hari yg ditunggu tunggu.. 26Mei2014 tercetuslah event ini~ (pergh ayatttttt)…

Antara artis yang terlibat iaitu Encik Mimpi, Nomad, HyperAct, DramaBand & Dayang Nurfaizah. Bermacam lagu yg diputarkan.. yg dinyanyikan bersama. Mengikut DreEMers ni, dia mgatakan bahawa dia telah menduetkan lagu (erm ayat berbelit..) selepas ditemuramah, DreEMers ini berkata, dia berduet lagu JANGAN PISAHKAN .. pergh lagu.. utk org cintan cintun. (ok jgn melebih..)
Menurut beliau, event bermula lebih kurang dalam kol 7, dimulakan dgn mkn mkn~ wahh!! Makannnn.. EM melantak.. pergh.. sampai ckp udang diperbuat dari laut!! (em.. em.. em… hahahah) pastu break jap utk solat maghrib dan smbg event kol 8 smpai la lebih kurg kol 10 cmtu..

Meh nak kasi tunjuk gambor skit…




















Ops lupa! Terima kasih REDBOX sebab sudi seponser mereka mereka mereka.. xlupa juga buat Indigital Sdn Bhd, pihak Muzik-Muzik serta semua yg terlibat mjayakan event ini.. Terima kasih yg tak terhingga buat semua J

EM di Kuantan Parade

assalamualaikum DreEMers disayangi...


Seperti yg korang semua tahu, 25 Mei 2014, baru baru ini.. EM telah dijemput untuk membuat persembahan di Kuantan Parade sempena hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi… sambutan yg begitu meriah sekali. Thanks orang orang KUANTAN! Orang dari PAHANG yang mana sanggup turun KUANTAN semata-mata demi EM tu..

Disini saya wartawan dari DC, (acececehh wartawan gitu…) telah menemuramah seorang DreEMers yg ingin dikenali sbgai Che Wan… terima kasih Che Wan!!.. syg kamu kertart kertart !...

bertanya tentang perasaan dia bila dpt berjumpa EM, xpyh tggu jwpn dari riak muka dah tahu happy gilakkkss! heehehe.. ok... 

EM ade nyanyikan 4 buah lagu which is Ayuh Tinggalkan Dia, Hikmah Atas Segalanya,Selamat Malam Cinta and Rindukanlah. Pergh ! guwa tahu semua DreEMers ni mesti kan ckp “EM CHOMel” kan kan kan? Baek ngaku ! haha..



Ok disini nak share beberapa gambor EM bersama DreEMers di Kuantan Parade.





thanks org Kuantan, thanks kpd Che Wan sudi mberi kerjasama share cerita !! thanks sebab sokong EM ! support local artist !  

Thursday, 29 May 2014

captain di ABPBH 2014

Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1 malaysia...

hello DreEMers !!

Semua tahu kan pada Sabtu lepas, telah berlangsungnya anugerah yang gilang gemilang ni, iaitu Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) di Putrajaya International Convention Centre (PICC). dan sedia maklumlah Mr Captain kita pun joining the big event ni... walaupun captain belom tercalon di dalam mana mana percalonan. tapi, captain telah membuat persembahan di pentas ABPBH ni.. walawey.. ingat senang nk perform atas pentas sebegini??

Captain perform bukan dgn calang calang org tau! captain perform bersama dengan Hyper Act dan Diva Negara kita Dayang Nurfaizah . pergh! kurlasss captain kita ni.. walaupun artis baru, tapi dapat berganding dengan artis popular tanah air..tambah tambah lagi Dayang NurFaezah. Divatu uolls!
Siapa yang tengok performance tu, mesti happy kan? mesti ramai yg xsbr time tu nk tgk captain perform.. btl tak? betul tak?? ala jgn tipu.. nmpk muka korg yg xsabor tu.. kihkihkih..

Alhamdulillah, Syukur pada Tuhan semuanya berjalan dengan lancar. Persembahan yang diberi mendapat sambutan yang epic. (bravo EM bravoo!! * tepuk tangan*)

meh usha skit captain kt red carpet ni.. ditekanskali lg RED carpet.. (ehem.. kuikui.. ok betul posisi balik.. maaf terperasan skit. mohon admin jgn marah..) 

ok kita sambung....

Encik Mimpi ni tersangatlah friendly! ade peminat-peminatnya yg datang semasa berada di atas karpet merah... layanan dia baekk.. xsombong.. ni syg captain ni ! (ops . maaf ter-oberrrrr) . tak susah nak cari captain ni dengan outfit dan trademark bertopeng , senanglah orang nak target mana kesayangan mereka.tu diaa, The Mask Man hahaha. Okay gurau. Jangan ambil hati. Kalau tulis plain sangat, bosan la kan? Teehee :D

meh usha pakaian EM time red carpet~

Okay, Outift Encik Mimpi dan Nomad (rujuk pada gambar laa)
Outift tajaan : Baktailor / Instagram : Baktailor

( Ada Rupa Magis Alam tak?)

whoop! ok bak nk gtao apa itu MAGIS ALAM... Magis Alam adalah Alam Sekitar, ramai salah anggap. ye la..da ade perkataan MAGIS kan.. 

Captain With Hyper Act .


Artists Signature’s for MH370, Captain turut tidak ketinggalan untuk tinggalkan momento

nmpk tak nmpak tak yg captain punyer?????!!

Disini ada sedikit rakaman semasa persembahan, tiada gambar sebab sibuk merakam video. Dipersilakan tonton. klik sini. hoi mne nk klik? SINI LA!

Sumber sumber ini telah disharekan oleh seorang DreEMers. TQ buat DreEMers Hanis yg sudi sharing cherita beliau kpd pihak DC! skali lg kami mengucapkan ribuan jutaan billionan terima kasih~ always support Encik Mimpi ! heepp heepp !!