Sunday, 18 May 2014

4 Mei 2014 - DreEMers Day @ HardRock Cafe Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hai buat DreEMers sekalian sekalian!

Korang korang korang.. psstt psstt.. !

Pada 4 Mei 2014, kami telah mengadakan DreEMers Day di HardRock CafĂ©, Kuala Lumpur.. mungkin ade yang tertanya Tanya apa itu DreEMers Day, seperti yg diterangkan pada “First Entry” eh tak terbaca ke? Nah baca sekarang.. klik sini .. sini! Klik Sini Oii

Kami ingin mengucapkan RIBUANRIBUAN JUTAAN JUTAWAN TERIMA KASIH buat dreEMers yang datang meberi sokongan kepada EM.  

Ni nak habaq mai, depa semua ni ada yang dating dari UTARA! Ada yang dating dari SELATAN .. jauh jauh semuanya . depa mai semata mata untuk menyokong EM..TERIMA KASIH sebab sudi hadir, mereka ni ada yang dari KEDAH, ada yang dari JOHOR, ada yang dari NEGERI SEMBILAN, ada yang dari KELANTAN, ada dari GOMBAK.. hehe.. ada yang rushing balik dari PAHANG, siap racing kt highway lagi nasib baek tak kena speedtrack.. (ok itu gurauan yg racing.. heheheh)..

Meh usha skit gambor gambor mase kat HardRock..

 perform time!
bergambor bersama gitaris gitaris from indonesia ! TY jugak untuk gitaris dari kumpulan Radja
kusyuk melayan peminat 
 berselepie katanye.. kuikuikui
 with AT-RI . (sorg lg da balik.. huhuh)

 with dreEMers.. masa ni ada jugak dreEMrs dah balik..

tgk tgk! ni gambar special.. gambar EM yg xsabar untuk memotong kek favourite beliau


Thanks a lot DreEMers! Oh yeeeerrr.. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA jugak buat semua crew HARDROCK, BENANG EMAS PRODUCTION serta MANAGER ENCIK MIMPI yang sudi membantu kami untuk membuat kejutan serta segala persiapan untuk DreEMers Day! Assalamualaikum.. Adiossss!! Pringgg~

Saturday, 17 May 2014

The DreEMers Love Package

Haaaaaa. Korang mesti dah tahu pasal package2 DC yang DC jual. Mesti half of korang bising kenapa mahal sangat.. Actually, 40 percent daripada benda yg korang beli akan didermakan kepada tabung MAKNA untuk pesakit2 kanser.

Lets say awak beli package A/B/C yang berharga RM20 satu set.. It means awak sudah pun menderma RM8 kepada tabung MAKNA. Then, barang2 yang awak beli pun hanyalah berharga RM12.. If awak beli package Special Edition yang merangkumi kesemua barangan DC, awak secara tidak langsung telah menderma sebanyak RM20 kepada tabung MAKNA, dan hanya membayar RM30 termasuk postage untuk barangan2 tersebut. Kami tidak mengambil apa2 keuntungan pun terhadap jualan ini.

Moreover, kami meminta EM untuk menandatanggi buku2 dalam package untuk pembeli. So, siapa yang 100 terawal akan mendapat tandatangan tersebut. Best tau. Boleh buat kenangan..

So, apa yang ada dalam set A/B/C dan apa pula Special Edition? Haaaaa.

SET A 



 SET B



 SET C


dan lastly...


SPECIAL EDITION

Kelebihan: 1. Complete DC set
2. Harga termasuk postage

So.. buat korang yang belum beli.. Cepatlah beli sementara stok masih ada. :)

- ADMIN C-


Wednesday, 14 May 2014

SEPATAH DUA KATA... lah kononnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog semua. Kami DreEMers Club finally dah ada blog to keep track on gambar2, video2, dan sebagainya di sini. Seperti biasa, kami di sini menyokong EM tanpa jemu. Pada 4 Mei 2009, Encik Mimpi telah menubuhkan sebuah blog dan tidak lama kemudian, beliau dikenali sebagai YouTuber yg berbakat. Kalau EM tidak memulakan blog tersebut pada 5 tahun yg lepas, kami takkan berada di sini menyokong beliau. So far, EM ni memang friendly, macho dan meletop. Artis tanah air yang baru sahaja hendak menaik ini memang sudah mula mempunyai ramai peminat. Dan kami bertanggungjawab untuk memastikan anda updated tentang EM. Maka, terhasil lah blog ini. Apa yang anda mungkin terlepas? Ini adalah highlights kami.

Pada 23 Disember 2013, EM telah mengadakan first gathering dengan peminat2nya. Apa yang penting? Bayaran masuk adalah percuma. Hanya 100 orang yang terpilih sahaja yang dapat untuk pergi ke first gathering tersebut. Gathering ini dianjurkan oleh Superwhite Collagen yang amatlah pemurah. Pada hari tersebut, AC dan admin ED turut hadir untuk berjumpa dengan EM yang tersangatlah down-to-earth. Walaupun beliau sakit pada hari tersebut, beliau tetap buat performance untuk kami kerana beliau tidak ingin menghampakan kami. Pada hari tersebut juga, EM telah menjual t-shirt officialnya dan keuntungan daripada hasil jualan tersebut telah pun beliau sumbangkan kepada mangsa banjir. Kami memang amatlah bangga dengan sikap beliau yang tidak putus2 untuk membuat kebaikan. Daripada first gathering ini, kami telah mengenali ramai DreEMers yang telah pun menjadi sebahagian daripada hidup kami. Ada di antara mereka yang turut membantu dalam program anjuran kami yang pertama pada tahun 2014.


Pada 8 Februari 2014, EM telah mengadakan first gathering bertempat di Kuching, Sarawak. Di bawah anjuran Superwhite Collagen juga, EM telah pun berjumpa dengan beberapa DreEMers tegar dari Sarawak.

Anak kelahiran Sarawak ini apabila ditanya AC, beliau amatlah gembira dengan sambutan hangat daripada DreEMers disana. Inshaallah akan beliau kembali lagi ke sana pada masa akan datang.

Pada 4 Mei 2014, pihak DC telah menanam hasrat untuk menyambut DreEMers Day bersama Captain di Hardrock Cafe @ Wisma Concorde. DreEMers tegar yang tahu akan perancangan kami, banyak yang turut melibatkan diri. Mereka turun dari Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya. AC juga turut rush balik dari Kuantan bagi menjayakan perancangan DC untuk membuat surprise buat EM. Di sana, EM sempat mendendangkan 7 buah lagu dan seperti biasa, lagu Rindukanlah sentiasa memberi impak yg besar kpd kami
DreEMers. Mungkin kerana lagu tersebut, EM bermula menjejaki dunia hiburan. Dan kami mula berkongsi minat yang sama di antara satu sama lain bersama DreEMers. DC berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama dengan kami terutama Abang Hadi yang banyak membantu kami dalam menjayakan surprise tersebut. Di sini, AC ingin mengatakan bahawa EM mempunyai peminat yang amatlah dedicated di mana kami sanggup berkumpul walaupun jauh untuk menyokong EM walau dimana pun kami berada.

Buat makluman semua, DC ada menganjurkan Festival Love4U bersama EM, Azhar Mustapa, dan Sunday Saver. Festival ini bermotif untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Festival ini diadakan pada 10 dan 11 Mei 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan WLPK, Kg Pandan. Seramai 40 orang pesakit kanser dan cancer survivors daripada Perlis untuk bersama2 menjayakan Festival ini. Terdapat banyak cara yang kami buat untuk mendapatkan sumbangan tersebut. EM juga turut banyak meluangkan waktunya bersama kami untuk menjayakan Festival tersebut. AC yg turut hadir, memang seronok kerana berpeluang untuk berkongsi cerita bersama2 peserta yang hadir. Daripada reaksi wajah mereka, mereka amatlah seronok berada di Kuala Lumpur bersama kami.  DC amatlah bersyukur kerana dapat menganjurkan program2 yang bermanfaat seperti ini. Sesungguhnya kami berhasrat untuk menganjurkan banyak lagi program2 yang bermanfaat bersama2 EM dan DreEMers pada masa akan datang.


Buat DreEMers yang telah pun berjumpa dgn EM, kami ingin meminta jasa baik anda untuk emailkan kepada kami gambar2 anda bersama EM di EMersfanclub@gmail.com, dengan meletakkan "Memories with EM" sebagai tajuk. Sertakan tarikh dan event anda berjumpa dengan beliau :)


- ADMIN C-